Bengkel Hand On Cheese Montok Serta Cream Puff & Painted Swiss Roll Cake
19 September 2018 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Kg Luak berkolaborasi dengan Cikgu Zaida untuk mengadakan Bengkel Hand On Cheese Montok serta Cream Puff & Painted Swiss Roll Cake bertempat di Pusat Internet Kg Luak pada 18 September 2018. Antara aktivti yang dijalankan adalah seperti pengenalan tentang bahan – bahan yang diperlukan, cara untuk membuat dengan lebih berkesan dan menarik, dan perkongsian idea atau pendapat tentang resepi yang ingin dikongsikan.
Antara kabaikan aktiviti ini adalah memupuk semangat warga komuniti berkunjung ke Pusat Internet. Selain itu, dengan adanya aktiviti tersebut dapat melahirkan usahawan – usahawan yang baru dikalangan komuniti dan seterusnya boleh menjana pendapatan keluarga.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: